Tuesday, November 24, 2015

Hidupku yang biasa-biasa ini mengajar aku untuk menjadi orang yang lebih matang. Ayah mengajar kami sekeluarga erti ketabahan dan kelangsungan hidup. Lebih-lebih lagi bila ayah mulai jatuh sakit. Ayah sebenarnya menderita sakit buasir. Aku selalu tengok darah mengalir dari betis ayahku ketika dia mandi. Paling aku ingat bila setiap kali aku hendak membasuh kain pelikat atau seluar panjang kerja ayah mesti ada tompokan darah. Ayah dan emak sudah berhabis untuk mengubat penyakit ayah tapi masih juga tidak sembuh.

Lama kelamaan ayahku sudah tidak pedulikan kesihatannya lagi. Terlalu banyak wang dihabiskan untuk berubat  sedangkan penyakit yang dialaminya masih tidak sembuh. Menurut ayah biarlah penyakitnya itu..anak-anak lebih penting.. ya..antara hidupnya dan anak dia pilih anak...Ibuku seorang ibu yang sangat tabah.. dia sanggup menolak kemewahan hidup yang dikecapinya demi kasih dan sayang kepada ayahku yang pada ketika itu seorang penganggur.

Biar pun seorang penganggur ayahku ada  juga kemahiran dalam bidang bercucuk tanam, memasak dan bertukang di samping pandai dalam bidang Al Quran. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang ilmu Tajwid dan tarranum menjadi satu tiket penting untuk ayahku mengambil upah mengajar mengaji dan menjadi bilal di masjid. Suara ayahku yang merdu mengumandangkan azan setiap waktu solat di masjid berhampiran rumahku.

Semua orang sekitar kampung kagum dengan kemerduan suara ayah. Ayah semakin sibuk menerima jemputan marhaban di samping menjadi guru mengaji Quran yang bergerak dari rumah ke rumah. masa ayah dengan kami sekeluarga semakin kurang. Ayah selalu keluar sebelum subuh dan pulang ke rumah hampir tengah malam.  Kami adik-beradik menunggu-nunggu kepulangan ayah terutama bila mendengar loceng basikal berbunyi kamai yang menanti-nanti ayah mengajar mengaji menjadi kecut perut dengan ketegasan dan kegarangan ayah....
CERITA HIDUPKU....

Hidup ini tidak semuanya indah. Benarlah kata orang keindahan hidup ini kadang-kadang adalah satu kepalsuan. Kita ditipu dengan keindahan yang bersifat sementara. Keindahan dunia sementara...keindahan wajah sementara.. segalanya sementara.

Bahkan keindahan kasih dan cinta seseorang juga sementara. Mengapa aku berkata begitu? Mungkin apa yang telah aku lalui tidak seperti anda semua lalui... kita diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang tidak sama... ya barangkali ada yang mengatakan dia senasib dengan si polan tetapi hakikatnya tetap tidak sama....mungkin hampir sama sahaja... bukan sama secara totalnya.

Inilah cerita hidupku..ya ceritanya mungkin hampir sama dengan orang lain..tetapi sebenarnya masih tidak sama kan! Aku ini dilahirkan ke dunia tanggal bulan April 1973. Bermakna sekarang usiaku sudah menjangkau 40 an. Sudah dewasa dan matang.. tapi kadang-kadang walau pun hidup aku ini sudah lama tapi dirasakan aku masih belum lama lagi hidup.. Apa yang aku maksudkan di sini aku tidak banyak pengalaman dalam  menempuh ranjau hidup yang penuh duri-duri ini... Anda semua mesti tertanya-tanya kenapa dan mengapa aku berkata begitu kan?

Dunia aku agak sempit. Disempitkan oleh pengalaman hidup yang tidak sehebat orang lain. Zaman kanak-kanakku biasa-biasa sahaja. aku juga anak orang yang biasa-biasa. Mungkin anak orang miskin.Ayahku bekerja sebagai buruh kasar degan pendapatan RM 3.00 hingga ke RM 7.00 sehari.
Bayangkan.. hidupku ketika itu...dengan gaji ayahku yang sebanyak itu perlu pula dia menyara anak-anak yang seramai 9 orang....kata orang orang kaya miskin anak tapi orang miskin kaya anak. namun segalanya serba cukup...cukup-cukup makan sajalah